Futsal
Futsal
merupakan olahraga yang paling disukai oleh kaum Adam. Kegiatan ini dilakukan
setiap sore jam 16.00 WIB. Futsal di SMA N 3 Boyolali sudah beberapa kali
mengikuti tournament.
Selain saya berbagi info tentang ekstra Futsal. Saya
juga akan berbagi informasi mengenai apa itu Futsal?
Futsal adalah permainan bola yang
dimainkan oleh dua pasukan, yang masing-masing dianggotai oleh lima orang.
Tujuannya adalah memasukkan bola ke gawang lawan dengan kaki. Selain lima pemain
utama, setiap pasukan juga dibenarkan memiliki pemain simpanan.
Dalam maksud lain futsal juga merupakan
versi bola sepak tertutup yang secara rasmi diselia oleh badan pentadbiran
antarabangsa bola sepak, Fédération Internationale de Football Association
(FIFA). Namanya berasal daripada bahasa Portugis futebol de salão, dan bahasa
Sepanyol fútbol de salón. Kedua-duanya bermaksud 'bola sepak dalam dewan'.
Futsal
dimainkan oleh lima pemain dalam satu pasukan. Salah seorang daripadanya
merupakan penjaga gol. Antara perbezaan bola sepak dengan futsal ialah padang bola
sepak menggunakan gelanggang yang besar berbanding futsal yang agak kecil. Masa
permainan futsal juga singkat iaitu 20 minit bagi setiap separuh masa. Bola
yang digunakan juga lebih berat membuatkan pemain mengawal bola dengan baik.
Tambahan pula, kawasannya yang lebih lebih kecil memaksa pemain meningkatkan
tahap kemahiran serta membuat keputusan dengan lebih cepat. Kesalahan-kesalahan
seperti rempuhan bahu dan melakukan gelungsur terhadap pihak lawan dilarang
sama sekali. Di samping itu, ana-mana pasukan yang mengumpulkan kesalahan
keenam bagi setiap separuh masa akan dihukum dengan sepakan penalti kedua.
Sterusnya kesalahan berikut juga akan dihukum dengan sepakan penalti kedua.
Kesalahan-kesalahan ini dinamakan kesalahan terkumpul.
Pada masa sekarang futsal berkembang
dengan pesat. Banyak gelanggang-gelanggang baru dibina bagi tujuan memberi
peluang kepada rang ramai merasai keseronokan bermain futsal. Ia bukan sahaja
terhad kepada golongan lelaki tetapi juga perempuan.
Naman
FUTSAL berasal daripada bahasa Portugis futebol de salão, dan bahasa Sepanyol
fútbol de salón. Kedua-duanya bermaksud 'bola sepak dalam dewan'.
Futsal
diciptakan di Montevideo, Uruguay pada
tahun 1930, oleh Juan Carlos Ceriani. Keunikan futsal mendapat perhatian di
seluruh Amerika Selatan, terutamanya di Brazil. Keterampilan
yang dikembangkan dalam permainan ini dapat dilihat dalam gaya terkenal
dunia yang diperlihatkan pemain-pemain Brazil di
luar ruangan, pada lapangan berukuran biasa. Pele, bintang terkenal Brazil,
contohnya, mengembangkan bakatnya di futsal. Sementara Brasil terus menjadi
pusat futsal dunia, permainan ini sekarang dimainkan di bawah Fédération
Internationale de Football Association (FIFA) di seluruh dunia, dari Eropah
hingga Amerika Tengah dan Amerika Utara serta Afrika, Asia, dan Oseania.
Pertandingan
antarabangsa pertama diadakan pada tahun 1965,Paraguay menjuarai
Piala Amerika Selatan pertama. Enam perebutan Piala Amerika Selatan berikutnya
diselenggarakan hingga tahun 1979, dan semua gelaran juara disapu habis Brazil. Brazil meneruskan
dominasinya dengan meraih Piala Pan Amerika pertama tahun 1980 dan
memenangkannya lagi pada perebutan berikutnya tahun 1984.
Kejuaraan
Dunia Futsal pertama diadakan atas bantuan FIFUSA (sebelum anggota-anggotanya
bergabung dengan FIFA pada tahun 1989) di Sao Paulo, Brazil, tahun 1982,
berakhir dengan Brazil di posisi pertama.Brazil mengulangi kemenangannya
di Kejuaraan Dunia kedua tahun 1985 di Sepanyol, tetapi menderita kekalahan
dari Paraguay dalam Kejuaraan Dunia
ketiga tahun 1988 di Australia.
Pertandingan
futsal antarabangsa pertama diadakan di AS pada Desember 1985, di Universiti
Negeri Sonoma di Rohnert Park, California
Tidak ada komentar:
Posting Komentar